aaaaaa

aaaaaa
Mohd Daneal Rafie,form 3,love Hitz

Sunday, December 11, 2011

Apa itu Skype?

Skype adalah suatu laman sosial yang menghubungkan seseorang dengan seseorang yang lain. Ianya boleh bermesej dan application yg paling popular ialah video call. Video call boleh dibuat seramai 4 orang mengikut group yang dicreate. Sebelum nak buat account skype nih..kena lah download  application nya dalam laptop. Ni dia linknya- http://www.skype.com/intl/en-us/get-skype/ . Jom lah berskype <3 m.danealrafy2795

Saturday, November 26, 2011

Sabar itu Subur. Tak Sabar masuk Kubur.

Nganguzubbillahhiminaisyaitonirrojim...Cerita tentang aku. Aku ada masalah dengan kawan aku. Banyak lah masalah sampai aku simpan dendam dalam hati kerana dia. Aku mungkin tak setaraf dengan dia.. Namun ingatlah ,sebenarnya aku nk berusaha jadi setaraf mcm dia. Tapi bila dia buat silap ,aku tegur. Dia tak peduli teguran aku..tahu sebab apa? sebab dia anggap aku ni tak setaraf dia. Well ,aku ni kan seorang yang licik dalam sesuatu yang tersembunyi. Lagi pun dalam facebook banyak dia mengata kat aku, aku lek ja.. tapi bila dah bnyak sangat Sabar. Hati ni qeja nak mengamuk ja.. Aku simpan dendam aku ni.Nak luahkan kat sapa pun tatau T__T last2 aku tak da pilihan lain..aku trus p story kat mama. Mama tak sangka yang aku ni sabar sampai camtu sekali. -__- . Then lepas aku story kesemuanya.. Mama aku bgtau satu ayat yg paling bermakna. Aku akan ingat word tu bila aku tgh geram. Mama aku cakap.. SABAR ITU SUATU KEMENANGAN. Menang yang tak nampak di dunia. Namun diakhirat..kemenangan itu begitu dalam sedalam dalam kemenangan. Alhamdulillah, Allah mencipta Sabar itu indah disisi mereka yang beriman. Itu sajalah cerita untuk Diari Sosial aku. Sadakallahulazim.

Wednesday, July 20, 2011

Daddy n Boboi

KISAH AYAH DAN ANAK

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.


“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…”


kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;


“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata; “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.”


Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.


“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira.


Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.


“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.


Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.


“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.


“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.


Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu. Selepas mendengar penjelasan anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.


Moral : Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka.

Tuesday, April 5, 2011

Batu Dari Syurga

Hajaraswad... 

                          Ibadat apakah yang dilakukan seorang sahaja pada satu masa?
iaitu.. Mencium Batu Hajar ..
Jadi....marilah kita berusaha untuk menikmati keindahan 
syurga walaupun bermula hanya daripada batu. 

Friday, February 18, 2011

awat

Lain kali ,kalau suka...tunjuk green light,kan dah diambil org...=__= ingtkan xsuka... sedey gila.. haih~ apa2pon.. kita FRIENDs and bersama MengILOS~

Saturday, January 29, 2011

MY BABY you~


-LOVE U PSP~<3 kau sentiasa mengembirakan ku setiap hari...tak kira tempat...dalam tandas apatah lg... pergh sambil mandi air panas + menang game = sungguh HAPPY <3...
-LOVE KAU SONY SPIRO=~<3 kau mengeratkan hubungan ku dgn kengkawan ku~kau lah earfon aq...mcm2 lagu kau nyanyikan~love u SUNGGOH~
-LOVE LU FUJIFILM~<3 kau ku brings everyday~kau merakam memori setiap detik kehidupan ku~
kau mengupload gambar ku di dlm fb mahupon blog~love YOU gilaa~
-LOVE MU ADIDAS WALLET~<3 kau mengisi perut ku setiap hari...kau mmbekalkan pakaian~ setiap bulan kau diisi mama ku rm50~ sayang hang!~<3
LOVE HANG CANON SCANNER ~<3 hang memposostet kerja sekolah aq...kau menge'scan' kerja sekolah kawan ku untuk ku~ kau jimatkan MASA aq~ :D